Tuesday 29 November 2011

Jelajah Jemari Asmara GiveAway!!


Nak Join Klik Banner ye..... 

Tarikh Tutup : 26.12.2011

Walaupun saya masih baru lagi dalam dunia GA ni tetapi saya memang rasa seronok betul menyertainya
kerana dapat berkenalan dengan ramai orang.  Kali ni nak join GA dari Puan Zefa  atau  lebih dikenali sebagai Ibu Yusuf dan Maryam di JeMaRi AsMaRa. Ibu kepada Yusuf  Nabhan dan Maryam  Nabihan  yang sedang membesar.

Permata Hati Ibu Yusuf  & Maryam

Walaupun masih baru mengenali  JeMaRi AsMaRa tapi banyak cerita yang dikongsikan di sini untuk tatapan semua. Apa yang penting kami mempunyai persamaan iaitu Masak-Masak dan bercerita mengenai Permata Hati  . Kalau Zefa tak percaya boleh singgah kat  SINI. Banyak Resepi dan cerita Makan-makan  & Catatan Perjalanan yang boleh kita kongsi di situ nanti, betul tak? Kalau bercerita pasal resepi, saya paling suka pada resepi Kek Lapis Cheese Persona kerana walaupun pernah tak jadi  tapi tetap mencubanya sampai berjaya. Jadi hasilnya memang mengembirakan. Kek ni memang sedap kalau tidak takkan empat kali Zefa mencubanya......


Kek Lapis Cheese Persona

Untuk mengenali  Zefa lebih dekat lagi, kat Dairi  Ibu dan Kerjaya banyak yang dikongsikannya, di situ nanti saya dapat mengenalinya lebih dekat lagi  melalui  World of Mr Career.
Kalau  nak tahu lagi, Ibu Yusuf dan Maryam ni rupanya peminat PML. Pada mulanya tertanya-tanya juga apa itu PML, bila  folow satu persatu baru saya tahu. Memang rambang mata saya dibuatnya.........


Salah satu sudut yang disukai  Ibu Yusuf dan Maryam

Sepanjang saya menjelajahi JeMaRi AsMaRa, saya mendapati Zefa amat meminati Decoupage yang merupakan salah satu Hobinya selain Deco Walaupun bakat tiada tapi jika meminatinya pasti menjadi. Kalau tak caya boleh tengok SINI. Selain itu, saya suka singgah di Baiti Jannati Zefa yang dihiasi dengan Deco-deco yang amat cantik dan sememangnya beliau seorang yang kreatif.

Walau bagaimanapun, saya berharap hubungan siratulrahim kita  tidak terhenti di sini dan bukan setakat menyertainya Giveaway ini saja. Harap Zefa sudi berkongsi cerita   di JeMaRi AsMaRa nanti. Jika sudi, singgahlah di Teratak saya  ye.

Akhir sekali saya ingin ucapkan ........


Selamat Hari Ulang Tahun Buat JeMaRi AsMaRa yang lahirnya pada 23 November 2010 
&

Buat Muhammad Yusuf Nabhan yang lahirnya pada 30 November 2004
Kehadiranmu begitu bermakna & menjadi anak yang soleh.

ID Folower : affafkusayang
Jemari Asmara tersenarai di dalam blog list di sebelah kanan "Saya Suka Singgah Sini"
Banner Jelajah Jemari Asmara terletak di kiri bahagian atas berhampiran dengan "Labels"


4 comments:

  1. Salam aks.. tkasih joint JJA GA..

    1. rujuk semula cara penyertaan; iaitu buat n3 tentang Jemari Asmara. Contohnya, JA milik siapa. Dah berapa lama berblog.. apa yg aks suka tentang JA.. dan bla bla bla.. tak perlu panjang2 tapi setiap point ada markah tau. Kalau disertakan backlink lagi ada xtra markah.

    Semoga komen ini membantu. Good luck!!

    ReplyDelete
  2. Penyertaan telah tersenarai di sidebar JA ye. Pemarkahan akan dibuat selepas GA ditamatkan. Peserta boleh edit semula n3 bila2 masa.. Tq

    Semoga berjaya!!

    ReplyDelete